Latarbelakang Sejarah Syarikat




Sejarah TuneTalk
Telco ini merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Tune Group yang diasaskan oleh Tan Sri Fernandez pada 19 Ogos 2009, yang merupakan ikon jutawan yang paling berjaya di Malaysia. Usaha beliau menubuhkan syarikat TuneTalk selain ingin bersaing dengan telco yang sedia ada serta memberi peluang kepada pengguna untuk berjaya sepertinya. Sasaran awal adalah untuk menyediakan kadar panggilan yang rendah dan insentif yang menarik kepada pengguna yang tidak diberi oleh rangkaian telco lain. Perkhidmatan prabayar yang menawarkan panggilan dan Short Messaging Service pakej (SMS) untuk memenuhi permintaan pengguna serta produk yang mempunyai nilai untuk wang dengan akses yang mudah dan jangkauan perantauan yang luas. Sebagai sebuah syarikat yang beroperasi menggunakan sistem Pengandali Rangkaian Maya Mudah Alih atau MVNO bekerjasama dengan Celcom (Malaysia) Berhad yang menandatangani perjanjian pada December 2008.


Sejarah ToneExcel
ToneExcel adalah syarikat yang diasaskan oleh Encik Syed Kamaruzaman Shahbudin dan ianya ditubuhkan pada 2009. Di atas keperihatinan pengerusi syarikat yang mahu melihat satu anjakan baru di dalam dunia telekomunikasi serta memberi kebebasan wang kepada pengguna talian, maka termetrailah perjanjian persefahaman antara syarikat TuneTalk dan ToneExcel dimeterai pada 10 February 2010. Pengalaman dan latar belakang syarikat yang berasaskan kepakaran dalam bidang insurans, rangkaian pemasaran dan perkhidmatan kewangan di gunakan untuk merangka strategi perniagaan baru.



Perjanjian kerjasama diantara CEO TuneTalk Jason Lo dan CEO ToneExcel Syed Kamaruzaman

No comments:

Post a Comment